Husin has been working in Singapore for some time and decides to
return to his hometown, Banana Village. Upon returning, he feels that
his neighbour Mak Limah is strange as she does not speak nor sleep. He
then tells patrons at Pak Munawer’s coffee shop that Mak Limah might be a
ghost. Pak Abu decides they should investigate further but when they go
to her house, she is already a rotting corpse! However, things get more
interesting when the village is haunted by a strange occurrences,
despite the burial of Mak Limah.
Ramlee menerima panggilan dari rakan lama sekolejnya, Aziz, untuk menjemput beliau ke majlis kendurinya di Kampung Pulau Rusa, Pekan Pahang. Ramlee bersama rakannya, Qaseh, seorang novelis cerita-cerita seram dan Sudin menerima jemputan Aziz dan bertolak dari Bandaraya ke Pahang dengan menaiki sebuah kenderaan.
Sepanjang perjalanan ke Pahang untuk menghadiri majlis kenduri Aziz, Qaseh memulakan cerita-cerita seram yang dialaminya termasuk dari kisah seram yang dari novel seram yang bakal diterbitkan nanti. Bermula dengan cerita Hantu Raya, Polong dan Saka cerita-cerita seram ini telah diselang-selikan dengan insiden seram yang benar-benar berlaku.
Kebosanan dalam perjalanan bertukar menjadi satu perjalanan yang menimbulkan rasa seram. Mereka terserempak dengan realiti cerita seram di lebuhraya apabila berselisih dengan kereta yang tidak berpemandu. Mereka juga telah melanggar imej misteri yang membuat mereka terpaksa membuat laporan di Balai Polis. Mereka bertambah bingung apabila pihak polis memberitahu terdapat 5 aduan yang sama tetapi tidak menemui tubuh yang dilanggar.
Di tengah perjalanan mereka turut menumpangkan seorang gadis yang bernama Ita dan seorang lelaki misteri yang hanya dipanggil Abang Long. Tujuan mereka bertiga menumpangkan Ita dan Abang Long adalah bertujuan untuk menemankan mereka yang ketakutan dalam perjalanan memandu. Namun kehadiran Abang Long dan Ita telah menambahkan curiga kepada mereka bertiga. Mereka telah menurunkan Ita di sebuah rumah yang berhampiran dengan kawasan perkuburan manakala Abang Long akhirnya menemankan rakan bertiga ini untuk menuju ke destinasi mereka di Pahang. Setelah didesak oleh Qaseh, Pak Long turut menceritakan cerita seram kepada Qaseh sebagai bahan novelnya.
Genre
Seram
Pelakon
M Jamil, Ariff S Shamsuddin, Cassandra Patrick, Mariani, Zarina Zainuddin, Yassin Salleh, Amin Khan, Ery Zukhairi
Mengisahkan tentang Fiqah, seorang pekerja kilang yang telah mengandungkan anak kekasihnya, Anas. Anas memaksa Fiqah untuk mengugurkan kandungannya tetapi Fiqah membantah. Fiqah dipukul dan di berikan ubat untuk menggugurkan kandungan. Kerana cintanya terhadap Anas, Fiqah menggugurkan juga kandungannya itu. Fiqah mula dihantui perasaan bersalah dan fobia. Ratna, kawan baik Fiqah mengajak Fiqah berpindah di sebuah flat murah bersamanya. Tanpa di ketahui Fiqah , rumah yang didudukinya itu adalah rumah seorang dukun bernama Kang Suman yang di percayai telah menculik dan membunuh Fatin, seorang kanak-kanak yang tinggal berhampiran flat tersebut.
Release Date : 14 Julai 2011 Genre : Suspense, Thriller, Sinister, Ghost Studio : Metrowealth Movies Production Sdn. Bhd.
Tolong! Awek Aku Pontianak adalah sebuah kisah cinta komedi yang terjadi antara manusia biasa dan juga pontianak. Kisah ini bermula apabila Bob telah ditinggalkan oleh teman wanitanya. Sebelum itu, Bob sering bermimpi teman wanitanya bertukar menjadi pontianak. Jadi, selepas berpisah, Bob bersama kawan karibnya berpindah ke rumah baru yang lebih murah sewanya.
Jiran di hadapan rumah mereka merupakan dua orang adik beradik perempuan bernama Maya dan adik perempuannya. Sebelum ini, setiap kali mereka mendapat jiran, mereka akan berpindah ke tempat lain. Tetapi kali ini, Maya memberitahu adiknya bahawa mereka akan terus tinggal di sana dan tidak akan berpindah. Tetapi, adiknya ingin menguji Bob dan kawan karibnya itu. Selepas diuji, ternyata Bob memang seorang lelaki yang baik.
Bob bekerja di sebuah syarikat sebagai Junior Designer. Dia bersama rakan sekerja sering dibuli oleh Head of Department mereka. Segala idea mereka akan dicuri oleh Head of Department mereka. Ini termasuklah idea dan juga konsep perniagaan yang akan dijual kepada pelanggan mereka.
Selepas itu, Maya mula mengajak Bob untuk pergi menonton wayang bersama. Ketika mereka pulang, beg Maya telah diragut oleh peragut. Bob cuma untuk mengambil kembali beg tersebut tetapi malangnya dia telah dipukul oleh peragut tersebut. Akibatnya, Maya telah bertukar menjadi pontianak untuk menyelamatkan Bob. Sejak dari itu, cinta mereka telah berputik.
Head of Department tempat Bob bekerja telah datang rumah Bob untuk melawat Bob. Ketika itu, mereka telah menawarkan Maya untuk bekerja di syarikat mereka dan Maya bersetuju untuk bekerja di sana kerana dia ingin bersama Bob. Jadi, dia telah membantu Bob melakukan tugas di pejabat dan menaikkan nama Bob semasa mesyuarat bersama CEO. Selepas itu, Bob dilantik menjadi Senior Designer kerana CEO amat berpuas hati dengan idea yang Bob berikan.
Head of Department cuba untuk memikat Maya. Dia telah merancang satu tipu helah kononnya ada hantu di dalam pejabat tersebut. Akibatnya, Maya telah berukar menjadi pontianak dan rahsia tersebut telah terbongkar. Selepas itu, mereka merancang untuk mendedahkan rahsia tersebut ketika Costume Party.
Mereka telah menjemput seorang bomoh untuk menangkap Maya dan adiknya. Walau bagaimanapun, rancangan mereka tidak berjaya. Tetapi, Maya telah mendedahkan siapa dirinya kepada Bob. Akibat daripada ketakutan, Bob telah melarikan diri.
Dalam masa yang sama, kawan kepada Head of Department telah diculik oleh Kak Nadia yang merupakan pontianak juga. Ketika Maya dan adiknya tiba di rumah, mereka telah bergaduh dengan Kak Nadia. Adik Maya berjaya melarikan diri dan meminta pertolongan daripada Bob dan bomoh tersebut. Mereka terus ke rumah Maya untuk menyelamatkan Maya.
Setelah berlawan dengan Kak Nadia, akhirnya Kak Nadia berjaya dibunuh oleh Bob. Tetapi, Maya dan adiknya terpaksa meninggalkan tempat tersebut kerana mereka telah berjanji dengan bomoh tersebut. Sebelum Maya meninggalkan tempat itu, Bob telah mencium dahi Maya. Lantas, Maya telah bertukar menjadi manusia biasa juga. Akhirnya, mereka dapat hidup bersama tanpa halangan lagi.